skip to Main Content

LAWATAN KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN SUMBER JAYA LANDSKAP PULAU INDAH

  • News

28hb OKT – Satu lawatan kajian oleh Kulliyah Senibina & Rekabentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi Kajian Induk Perancangan Sumber Jaya Landskap di Pulau Indah telah diadakan di Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Pulau Indah.

Program Usahasama di antara Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Pulau Indah & UIAM ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Kulliyah Senibina & Rekabentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Izawati Tukiman, Profesor Madya LAr. Dr. Mohd Ramzi Mohd Hussin dan Profesor Madya Dr. Zainul Mukrim Baharuddin.
Manakala, Pengarah Komunikasi Korporat Puan Norfiza Mahfiz dan Pegawai Perancang Bandar TPr. Mohd Fauzi Burham mewakili Majlis Perbandaran Klang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Pulau Indah terutamanya kepada Penolong Pengurus Besar Bahagian Servis & Perkhidmatan Encik Wan Mazri Wan Ramli dan Pengurus Kanan Bahagian Jualan & Pemasaran Encik Bahari Baharudin yang menyambut program lawatan ini.

Program taklimat awal disertai oleh ‘Team Place Making Project’ terdiri dari Arkitek Bangunan, Arkitek Landskap Taman Rekreasi, Pegawai Pelancongan Klang , Jurutera MPK Dan Pegawai Pembangunan Korporat MPK.

Lawatan diteruskan di Pejabat Pengurusan Urbancubes Sdn Bhd bagi sesi Perkongsian ilmu berkenaan dengan Pengurusan Taman Perindustrian dan Eco Tourism di Pulau Indah.

Fokus projek Usahasama Ini kepada Pulau Indah dan Pulau Ketam dimana penghasilan projek rekabentuk akan dapat mempromosi persekitaran dengan lebih aktif.

 

Back To Top