skip to Main Content

Program penyerahan sumbangan dan pemberian makanan untuk berbuka puasa kepada Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah

  • News

Bersempena dengan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini, Urbancubes Sdn Bhd mengambil peluang untuk bersama-sama berkongsi rezeki dengan pelajar-pelajar dari Madrasah Tahfiz Ar Raudhah Kampung Sg. Kembong, Pulau Indah.

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) Urbancubes Sdn Bhd kepada komuniti di Pulau Indah. Program penyerahan sumbangan dan pemberian makanan untuk berbuka puasa kepada Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah ini telah berlangsung pada 4 April 2021.

Sedikit pengenalan atau latar belakang Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah ini ditubuhkan pada 2019 dan dikendalikan sendiri oleh Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah Sg. Kembong. Pada tahun ini, seramai 25 orang pelajar sedang mengikuti kursus utama iaitu Hafazan dan mereka dibimbing oleh 5 orang ustaz yang berkelayakan dari institusi pengajian dari dalam dan luar negara. Jawatankuasa Madrasah juga sedang merancang untuk membuka kursus baharu pada masa akan datang iaitu pengajian Al-Quran & As Sunnah kepada para pelajarnya.

Semoga dengan usaha murni ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Dari Hadis Riwayat Tarmizi “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.

Back To Top