9 Mei 2024- Urbancubes Sdn Bhd (UCSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pengurusan) bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Mohd Yazid Sairi atas pelantikan beliau.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar UCSB, En. Shahrulnizam Ahmad, yang menyatakan harapan agar pertemuan ini menjadi permulaan kerjasama dua hala yang erat antara UCSB dan SUK Selangor.