9 Ogos 2024 – Pengurus Besar Urbancubes Sdn Bhd, Encik Shahrulnizam Ahmad serta pihak pengurusan UCSB, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bertempat di Pejabat Timbalan Yang Dipertua MPHS.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai perancangan MPHS ke arah perbandaran mampan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, khususnya dalam aspek pengurusan sisa industri dan inisiatif hijau bagi bangunan milikan MPHS.