12 Mac 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Ramadan 1446H bersama komuniti Masjid Ar-Rahman, Kg. Sungai Pinang.
Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada kakitangan, penduduk setempat, dan jemaah masjid sebagai juadah berbuka puasa.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Encik Mohd Zapi Abdullah dan jugak Pengurus Besar Urbancubes Sdn Bhd (UCSB) yang menekankan bahawa program ini bukan sekadar tradisi, tetapi simbol perpaduan dan kebersamaan masyarakat.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat CSSB dalam menyemai nilai kemasyarakatan dan keprihatinan.