Selasa -11 Mac 2025 | Pulau Indah, Port Klang, Selangor – Urbancubes Sdn Bhd (USB) bersama warga kerja Kumpulan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Encik Mohamad Nor bin Sa'ad bagi meringankan beban beliau yang sedang menjaga isteri tercinta yang menghidap penyakit kanser tulang.
Pengurus Besar USB, Encik Shahrulnizam Ahmad, hadir menyampaikan sumbangan serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada Encik Mohamad Nor dan keluarganya.