Urbancubes Sdn. Bhd, (UCSB) menyatakan sokongan terhadap Pembangunan Usahawan Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2026 yang berlangsung pada 7 Ogos 2026 di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, Selangor.
Majlis anjuran Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (YMBI) ini merupakan wadah penghargaan bagi mengiktiraf pencapaian, dedikasi dan sumbangan usahawan yang berdaftar di bawah Platform Selangor (PLATS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Turut hadir, Pengurus Besar Urbancubes Sdn. Bhd, Encik Shahrulnizam Ahmad dan Datuk Bandar Petaling Jaya YBhg. Dato’ Mohd Yazid Sairi, merangkap Pengerusi Urbancubes Sdn. Bhd.
Penganjuran MAPS 2026 turut memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan, industri dan komuniti keusahawanan dalam menyokong pembangunan serta pemerkasaan usahawan di Selangor.





