9 Januari 2024- Perjumpaan bersama Pegawai Teknikal dan Operasi dari Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Roslina Chiew, bersama dengan Pengurus Besar Urbancubes Sdn Bhd, Encik Shahrulnizam Ahmad, telah diatur bertujuan mengukuhkan hubungan baik di antara dua entiti yang memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan Pulau Indah.
Perbincangan pelbagai isu berkaitan dengan penambahbaikan kawasan tersebut dan cara untuk memperluaskan kerjasama dua hala, memastikan pembangunan berterusan, serta menjadikan Pulau Indah sebagai model kawasan yang mampan.
Selain itu, perbincangan turut melibatkan potensi sisa pepejal untuk UCSB, di mana kedua belah pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha penambahbaikan pengurusan sisa pepejal bagi memastikan impak alam sekitar yang minimum bagi melihat hasil kerjasama yang positif dan memberi impak yang berkesan di sekitar Pulau Indah.