skip to Main Content
03 3101 7777

Kejadian banjir kilat melanda di seluruh kawasan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang

Berikutan hujan yang berterusan sejak pagi semalam telah menyebabkan banjir kilat melanda di seluruh kawasan Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Pihak Pengurusan Central Spectrum (M) Sdn Bhd dan Anak Syarikat Urbancubes Sdn Bhd mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Emergency Rescue Team untuk membantu dan menyelamatkan seluruh keluarga kakitangan syarikat yang ditimpa musibah banjir.
Pihak Pengurusan Syarikat juga telah membuka unit-unit kedai Laguna Square yang masih kosong untuk dijadikan pusat pemindahan sementara bagi menempatkan seluruh keluarga kakitangan syarikat yang terkesan dengan bencana banjir kilat di Pulau Indah.
Pihak Pengurusan Syarikat bersama-sama Emergency Rescue Team akan terus memantau keadaan semasa dan memberi bantuan segera yang mungkin kepada kakitangan yang ditimpa musibah.
Semoga semua mangsa banjir dapat bersabar dan bertabah dengan ujian dari Allah SWT dan yakin pasti ada hikmah disebalik ujian dari Allah SWT.
Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala.
In shaa Allah.
Back To Top