skip to Main Content
03 3101 7777

Perutusan dari Ketua Pegawai Operasi Urbancubes Sdn Bhd, Encik Shamshul Bahari bin Ahmad sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1442H

Perutusan dari Ketua Pegawai Operasi Urbancubes Sdn Bhd, Encik Shamshul Bahari bin Ahmad sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1442H.

“Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera”

“Biarpun Syawal kali ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini ekoran penularan COVID-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, dalam suasana aman dan selamat.”

“Saya faham ramai yang bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga tercinta, namun saya berharap kita dapat bersabar menerima ketetapan ini dengan hati terbuka”.

“Namun pada masa yang sama ini tidak bermakna kita tidak boleh mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Gunakan pendekatan normal baharu ini dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah di rumah, dan membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan sahabat.”

“Akhir kata, jangan lupa untuk mengamalkan normal baharu. Terapkan amalan penjagaan diri dan teruskan penjarakkan sosial. Bersama-sama kita hentikan penularan wabak COVID-19. In shaa Allah dengan pertolongan Allah SWT kita akan berjaya menewaskan wabak COVID-19 ini.”

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 H. Minal ‘Aidin wal-Faizin.
Maaf Zahir dan Batin.”

Tulus ikhlas dari,

SHAMSHUL BAHARI AHMAD
Ketua Pegawai Operasi,
Urbancubes Sdn. Bhd.

Back To Top