skip to Main Content
03 3101 7777

Sumbangan dana untuk Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

Pada tarikh 12 April 2021, En. Shamshul Bahari Bin Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Urbancubes Sdn. Bhd mewakili seluruh kakitangan Urbancubes Sdn. Bhd menyerahkan sumbangan dana untuk Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah kepada kepada Tuan Haji Salim Bin Sain, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah (YIDE) bersama – sama dengan Ahli Jawatankuasa Kutipan Dana, Y.Bhg. Dato’ Mahmud Bin Abbas (Pengerusi Halal Development Corporation), En. Mohamad Razif Bin Abdul Wahab (CEO Central Spectrum (M) Sdn. Bhd), En. Noor Azhuril Bin Adnan (CDO Central Spectrum (M) Sdn. Bhd), Puan Wan Azrini Binti Wan Ariffin (Pengurus Kanan, Projek Khas – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd).

Semoga dengan penyerahan sumbangan dapat memberi manfaat kepada kita semua dan sedikit sebanyak dapat merialisasikan hasrat murni untuk membina Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang merupakan salah satu projek di bawah Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Back To Top