skip to Main Content
03 3101 7777

Majlis Perasmian Pejabat Baru Urbancubes

Pada tarikh 12 April 2021, Urbancubes Sdn. Bhd., anak syarikat kepada Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah mengadakan Majlis Perasmian Pejabat Baru Urbancubes bertempat di alamat No 1, Jalan Perigi Nanas 8/6 Indah Point, Pulau Indah.

Majlis telah disempurnakan dan dirasmikan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Urbancubes, Y.Bhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad Bin Mansor (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor – Pengurusan) bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Urbancubes, Y.Bhg. Dato’ Hasan Azhari Bin Haji Idris (Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad), Pn. Hjh. Rahana Binti Abdullah (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hartanah Selangor Berhad), En. Mohamad Razif Bin Abdul Wahab (Ketua Pegawai Eksekutif CSSB), En. Noor Azhuril Bin Adnan (Ketua Pegawai Pembangunan CSSB) dan diiringi Ketua Pegawai Operasi Urbancubes Sdn. Bhd. sendiri, En. Shamshul Bahari Bin Ahmad.

Turut hadir memeriahkan lagi majlis ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ybrs. Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, YB. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri dan Pengerusi Halal Development Corporation (HDC), Y.Bhg. Dato’ Mahmud Bin Abbas.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir yang telah memeriahkan lagi Majlis Perasmian Pejabat Baru Urbancubes. Kami berharap sokongan yang berterusan daripada semua akan memberi kami lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Back To Top