skip to Main Content
03 3101 7777

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri

TINDAKAN SUSULAN KES PEMBUANGAN PAKAIAN TERPAKAI DI TEBING SUNGAI LAGUNA PARK PULAU INDAH PELABUHAN KLANG:

26 Mac 2021.

Alhamdulillah. Hasil perbincangan diantara YB Azmizam Zaman Huri bersama CEO Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Tuan Mohamad Razif Bin Abdul Wahab dan pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), maka pada hari ini pihak CCSB melalui Syarikat Urbancubes Sdn Bhd telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan pembuangan pakaian terpakai di Tebing Sungai Laguna Park Pulau Indah (Jeti Nelayan Orang Asli).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2869149793342956&id=1541949036063045

Kami di Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPK yang turut membantu menyediakan kelengkapan tong roro bagi mengangkut dan melupuskan sisa pakaian terpakai tersebut.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak Urban Cubes Sdn Bhd yang turut membantu menyediakan tenaga pekerja bagi kerja-kerja pembersihan secara keseluruhannya.

Kami juga ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terlibat serta melindungi sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti ini yang boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada eko sistem hidupan laut dan alam sekitar.

Sekiranya orang ramai terlihat dan mempunyai sebarang maklumat tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan, segeralah membuat laporan kepada pihak polis atau agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain.

TERIMA KASIH CSSB!!!
TERIMA KASIH URBAN CUBES!!!
TERIMA KASIH MPK!!!

I ❤️ PORT KLANG
I ❤️ SELANGOR
I ❤️ MALAYSIA

Back To Top