skip to Main Content
03 3101 7777

Kejadian vandalisme kecurian besi jejantas SMK Pulau Indah, Pelabuhan Klang

Selepas menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian Vandalisma Kecurian Besi Jejantas SMK Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 13 Mac 2021, YB Azmizam Zaman Huri telah menghubungi dan berbincang dengan CEO Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Tuan Mohamad Razif Bin Abdul Wahab dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Klang untuk mengambil tindakan segera membaiki kerosakan yang berlaku.
Hasil daripada perbincangan awal, pihak Syarikat Central Spectrum – Pulau Indah melalui Urbancubes Sdn Bhd telah mengambil langkah awal dengan memasang penghadang sementara bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada orang awam yang menggunakan jejantas tersebut.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2974355379465897&id=2356434561257985
Alhamdulillah. Pada 20 Mac 2021, Unit Artisan & Mekanikal JKR Klang telah melakukan kerja-kerja pengantian dan pembaikan sepenuhnya kerosakan besi jejantas tersebut. Dan jejantas SMK Pulau Indah telah selamat untuk digunakan oleh orang awam terutamanya para pelajar SMK Pulau Indah yang bakal memulakan sesi persekolahan pada April 2021.
Kami di Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jejantas tersebut dalam keadaan selamat dan kondusif.
Kami berharap orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku di jejantas tersebut untuk mengelakkan kejadian vandalisma ini berulang semula.

Back To Top